Testimonial Ikhlas Client
REPAIR ATAU BELI KIPAS CEILING BARU?
Sudah lama 3 kipas ceiling di teratak kami rosak. Kipas ruang makan dan 2 kipas bilik tidur. Kipas ni semuanya pakai remote control. Masalah kipas ni semuanya malu2 nak berputar, berputar dengan sangat perlahan. Semua kipas ni tidak berfungsi pada tahap yang sepatutnya.
Sampaikan Marhaban di rumah kami Rabu lepas ada yang bertanya, "Kenapa tak pasang kipas ni?" Sang isteri dengan segannya respon, "Kipas tu rosak."
Saya pun consider nak beli baru atau repair? Duk rujuk banyak dah video YouTube untuk repair, tapi lain pulak jenis brand kipas, dan takut pula nak repair sendiri. Takut juga tak sempat nak trouble shoot lama-lama.
Saya pun Google lah untuk servis repair kipas... Dan nasib baik jumpalah dengan sorang brother ni, Ropi namanya. Saya discuss dan buat appointment via WhatsApp dengan Ropi. Maka tadi seperti dijanjikan dia muncul bersama anak keduanya Rafiq, darjah 6. Biasanya Ropi akan datang dengan anak sulungnya, 15 tahun. Anak sulungnya pun dah skillful. Pandai buka skru dan baraikan kipas serta pasang balik kipas.
Kipas ruang makan di trouble shoot dulu. Check PCB dulu, semua circuit ok. Maka terpaksa bawa turun main body dan enjin kipas, buka habis sampai nampak coil dan check thermal fuse. Rupanya thermal fuse ni lah yang bermasalah. So, ditukarlah, di test dan Alhamdulillah working good. Pasang balik dan good to go.
Seterusnya kipas bilik 2 bijik pulak dikerjakan. Nasib baik cuma masalah kapasitor pada PCB, maka cepat saja lah proses repair nya. Tak seperti kipas di ruang makan sebelumnya.
Siap dikerjakan 3 kipas ceiling tu, dan sambil mengemas, saya tanya berapa kos? Dia pikir kejap dan jawap, RM.... .... Getus hatiku, ishk tak sangka kos nya sebegitu. Bagi saya memang sangat ekonomical, berbanding ilmu dan skillnya. Sampai rumah saya dekat 1pm dan dikerjakan semua kipas2 tu sampai lebih kurang 3.30pm. Alhamdulillah. Semoga Ropi lebih berjaya dan bertambah rezekinya.
Ada beberapa perkara yang saya pelajari:
1. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Ropi baru start serius dalam bisnes repair kipas sejak setahun lalu. Daripada minat, jadi bisnes. Katanya, dia memang minat, dan dia belajar, asalnya repair sendiri suka2, bantu kawan2, tapi dek kerana sangat memberangsanhkan, dia pun buka juga servis ini secara kecil-kecilan.
2. Bina kemahiran.
Bukan takat Ropi saja berminat, dia latih anaknya yang berumur 15 dan 12 tahun. Kelihatan anaknya, Rafiq, lancar membantu ayahnya. Sekurang-kurangnya si anak beroleh skill, kemahiran dan paling penting pengalaman serta kesedaran bukan senang nak cari duit.
3. Berjimat dan berbelanja berhemah
Nyaris kami keluarkan kos lebih tinggi untuk beli kipas ceiling baru. 1 kipas boleh jadi antara RM250-350. Tapi Alhamdulillah kami dapat berjimat. Kos repair 3 kipas tak sampai pun kos sebiji kipas baru. Mujur saya buat sedikit research tentang servis membaiki kipas dan mujur ada Ropi. Semuanya telah pun disusun atur olehNya.
4. Belajar benda baru
Untuk saya sendiri, saya dapat beberapa ilmu baru dari proses trouble shooting membarai kipas. Menarik juga. Rupanya kipas ceiling ruang tamu tu tak berfungsi elok sebab seketul thermal fuse yang sangat lah kecilnya. MasyaAllah. Manusia pun begitu, boleh jadi sakit seseorang disebabkan virus yang size tahap nano, tetapi akibatnya boleh fatal.
Kalau nak kontek Ropi, sila lihat pada gambar terakhir yang saya share. Nombor telefon dia ada di situ. Boleh whatsapp or kontek direct :)
Atau search di FB = "Kipas Repair JB"
#repairkipas #serviskipas #kipasrepair #repairkipasceiling #repairkipasmurah

Please wharspp no?
ReplyDelete